Wednesday, March 12, 2008

Aswan

Bandar Aswan terletak di bahagian Selatan Mesir. Jaraknya dari bandar Kaherah sejauh 904 km. Perjalanannya memakan masa 12 jam sekiranya kita menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Ramsis di Kaherah. Ia terkenal dengan panorama alam yang indah. Menurut bahasa Mesir kuno, perkataan Aswan ini dikenali sebagai Suno yang bererti pasar. Setelah kedatangan Islam, tempat ini dinamakan Aswan. Di sini terdapat maqam Aga Khan yang merupakan pengasas syiah Ismailiyyah yang meninggal dunia pada tahun 1957.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN