Wednesday, March 12, 2008

Masjid al-Rifaie


Kedudukan Masjid Rifaei bersebelahan dengan Masjid Sultan Hassan. Imam Rifaei adalah merupakan seorang ulama' pendakwah yang masyhur. Walaupun masjid ini terkenal dengan nama Masjid Rifaei akan tetapi menurut catatan sejarah, beliau tidak dikebumikan di sini. Sebaliknya dikebumikan di Ummu Ubaidah, Iraq. Di dalam masjid tersebut terdapat beberapa buah maqam. Di antaranya makam Raja Farouq, anaknya Raja Fouad II, ibunya, serta makam Shah Iran yang mati dalam buangan Iran selepas peristiwa Revolusi Iran yang dipelopori oleh golongan mahasiswa yang memilih Ayatollah Khomeini sebagai pemimpin negara.

Raja Farouq adalah salah seorang dari raja-raja Mesir . Beliau telah menaiki takhta pada 1936. Jamal Abdul Nasser yang dikenali sebagai 'Dhubbath al Ahrar' menjatuhkan kredibiliti raja Farouq sebagai pemerintah dan mula menguasai pusat-pusat pemerintahan ketika itu. Jamal Abdul Nasir merupakan salah seorang pencetus revolusi yang berlaku pada 1952 dan mengakibatkan huru-hara di negara Mesir ketika itu.

Raja Farouq dipaksa menyerahkan jawatannya kepada anaknya Fouad II yang masih muda tetapi kuasa pemerintahan dikuasai oleh Jamal Abdul Nasser. Mereka akhirnya telah melarikan diri dan selepas kematian mereka, jasadnya dibawa masuk secara sembunyi di waktu malam dan dikebumikan di dalam Masjid al Rifaei.

Masjid al Rifaie juga dinamakan sebagai Masjid Zahirah, sempena peninggalan Jaafar yang telah dilantik sebagai polis pengawal Kaherah pada tahun 512H - 1122M. Penjuru-penjuru masjid ini dinamakan penjuru putih dan penjuru tinggi. Pada tahun 1869, Sayyidah Khausyiar dan keluarganya dikebumikan disamping makam dua orang ahli sufi iaitu Sheikh Yahya al Ansari dan Sheikh Ali Abu Syiba’.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN