Wednesday, March 12, 2008

Hamam Firaun

Terletak di Terusan Suez menuju ke Semenanjung Sinai. Ia merupakan tempat mandi Firaun pada musim panas. Terdapat juga sebuah gua tempat Firaun beristirehat selepas mandi. Ada pendapat menyatakan bahawa udara di dalam gua ini lebih panas berbanding udara di luarnya dan udaranya dapat mengubati penyakit Rheumtism. Air yang keluar dari gua ini amat panas hingga telur yang direndam di dalamnya boleh menjadi masak.

Keadaan gua yang panas ini disebabkan oleh kandungan batu sulfur yang banyak berbanding di tempat lain. Semakin dalam gua ini dimasuki, semakin tinggi kadar kepanasannya. Kawasan Hamam Firaun ini terletak di persisiran Laut Merah. Ia memiliki keindahan alam semula jadi yang istimewa lambang kebesaran Ilahi.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN