Wednesday, March 12, 2008

Telaga Nabi Musa alaihisalam

Menurut catatan sejarah menyatakan terdapat 12 telaga yang telah dibina oleh para pengikut Nabi Musa, tetapi yang ada sekarang 8 buah telaga sahaja. 12 telaga ini adalah melambangkan 12 golongan pengikut Nabi Musa yang berjaya menyeberangi Laut Merah daripada buruan Firaun dan tenteranya.

Berhampiran dengan telaga ini juga terdapat sepohon pokok yang dikatakan menjadi tempat Nabi Musa bertemu dengan anak perempuan Nabi Syuib, Safura yang kemudian menjadi isterinya. Menurut catatan sejarah, Nabi Musa telah melarikan diri ke Madyan setelah dihukum bunuh oleh Firaun, disebabkan telah membunuh seorang masyarakat Mesir berbangsa Qibti yang berkelahi dengan seorang lelaki di kalangan Bani Israel.

Di Madyan, Baginda telah bertemu jodoh dengan anak perempuan Nabi Syuib yang telah ditolongnya memberikan bantuan mengangkat bekas-bekas minuman binatang ternakannya. Kedudukan telaga ini terletak sebuah Hamam Firaun jika melalui Terusan Suez.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN