Wednesday, March 12, 2008

Terusan Suez & Terowong Ahmad Hamdi

Dibina pada tanggal 17 November tahun 1869 oleh seorang panglima perang berbangsa Perancis, Ferdinand De Lesseps. Projek pebinaan terusan ini memakan masa selama 10 tahun. Panjang terusan ini mencapai 168 km dengan lebar antara 120 hingga 200 m. Terusan ini pernah satu ketika dahulu menjadi rebutan Inggeris, Perancis dan Mesir pada peperangan tahun 1956 kerana ia merupakan pusat laluan utama kapal-kapal dagang timur dan barat.

Ia juga merupakan sistem perhubungan yang kedua terpenting di dunia selepas jalan laut Atlantik Utara dan menjadi pusat perhubungan laut antara Mesir dan Israel. Di bawah terusan inilah terdapat terowong bawah tanah (Ahmad Hamdi Tunnel) yang menghubungkan Mesir dan semenanjung Sinai. Terusan ini merupakan sumber hasil utama pendapatan kerajaan Mesir dari setiap cukai kapal yang menggunakan terusan ini.

Terowong ini juga merupakan penyambung antara benua Afrika dan Asia. Selepas kejayaan negara Mesir menguasai Sinai, terowong ini dibina untuk mengangkut kereta kebal, kereta perisai, meriam, senjata dan peralatan perang dan memudahkan tentera Mesir menghadapi sebarang kemungkinan dari serangan musuh khususnya Israel. Nama terowong ‘Ahmad Hamdi’ ini diambil bersempena nama panglima perang yang telah mencetuskan idea pembinaan terowong ini.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN