Wednesday, March 12, 2008

Kincir Air

Kincir air atau dikenali juga dengan nama as-Sawaqi oleh masyarakat Arab, pada asalnya digunakan untuk tujuan pengairan di kawasan pertanian. Ia merupakan salah satu bukti ketinggian tamadun Mesir kuno. Sebanyak 200 buah kincir telah digunakan untuk menyalurkan kawasan pertanian yang cukup luas di Fayyoum.

Bagaimanapun setelah berkembangnya teknologi moden dalam bidang pengairan ia tidak lagi digunakan. Akhirnya ia dipindahkan ke kawasan Fayyoum untuk dijadikan salah satu tinggalan sejarah yang masih lagi berfungsi dengan baik. Hanya tinggal beberapa buah kincir air sahaja yang masih digunakan hingga saat ini.

Kincir air ini telah dibina di zaman Nabi Yusof alaihisalam sebelum Mesir dilanda kemarau selama 7 tahun. Persediaan pertanian bagi 7 tahun yang subur telah menyaksikan lebih dari 250 kincir sebegini dicipta. Bunyi geseran kincir-kincir tersebut seperti laungan Azan, seperti yang dinyatakan. Kini hanya tinggal 4 buah kincir di tengah-tengah bandar Fayyoum yang digunakan sebagai daya tarikan pelancong.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN