Wednesday, March 12, 2008

Abu Simbel


Kedudukannya terletak di Nuba, iaitu di bahagian Selatan Aswan dan kawasan yang terletak di hujung selatan negara Mesir. Jaraknya dari Aswan ialah 320 km manakala jarak dari bandar Kaherah pula ialah 1184 km. Terdapat banyak kisah dan kesan sejarah yang menarik dan indah di kawasan ini. Di kota Abu Simbel ini terdapatnya Ma’abad Abu Simbel yang telah dibina semasa kerajaan Ramsis II. Ma’bad ini mempunyai ketinggian 31 meter dan lebarnya seluas 38 meter dan 65 meter panjang. Ia dibina pada 2000 SM tahun lampau. Terdapat empat buah patung besar Ramsis II berkeadaan duduk di pintu masuk Ma’bad ini. Ketinggian patung ini mencecah 20 meter.

Menurut pengkaji-pengkaji sejarah Inggeris, seni bina Ma’abad Abu Simbel ini memiliki ciri-ciri yang dikenali sebagai tempat Qadaasul Aqdas (tempat yang paling suci). Yang menakjubkan kawasan ini ialah, sinaran matahari tidak pernah memasuki ruang tersebut melainkan pada dua hari sahaja dalam setahun 21 Mac dan 21 September pada jam 5.58 petang. Cahaya tersebut akan mengenai patung Ramses II dan tersebar cahaya tersebut kepada beberapa patung yang lain seperti Amon dan Hamakhis selama lima minit sahaja dalam tempoh setahun.

Namun demikian, cahaya tersebut tidak mengenai patung Ptah kerana ia merupakan tuhan kegelapan. Francis Champollian menggelarkan ruangan ini sebagai "miracle of the sun" atau keajaiban matahari. Ini jelas menunjukkan ketinggian ilmu astronomi Mesir kuno yang mampu menggabungkan posisi bangunan dengan ketetapan perhitungan perjalanan matahari.
Pada musim panas tahun 1965, pernah berlaku banjir besar dari empangan Aswan yang menyebabkan tenggelamnya kawasan ini. Namun, kerajaan Mesir telah mendapat bantuan daripada PBB di bawah bahagian pendidikan dan kebudayaan (UNESCO) untuk memindahkan ma’bad tersebut ke kawasan yang lebih tinggi dari tempat asal bagi menyelamatkan daripada banjir. Tindakan segera telah diambil bagi menyelamatkan kesan sejarah peninggalan Firaun untuk tatapan masyarakat dunia pada masa akan datang, walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang besar.

Binaan tersebut juga merupakan tanda hadiah istimewa buat isteri Ramsis II yang paling dicintai, Nefertari. Ramses II telah mengarahkan pekerjaan membina ma’bad ini daripada batu putih yang indah dan menawan. Di dalam sejarah Firaun, tiada raja yang begitu mengasihi isterinya sehingga sanggup membina istana bersebelahan ma’bad suaminya. Bukti kecintaan dan kasih sayang yang sejati ini dapat dilihat hingga kini. Poyolah!


No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN