Wednesday, March 12, 2008

Makam Abu Darda' radhiAllahu an.hu

Beliau ialah Abu Uwaimir bin Zaid bin Qias dan merupakan sahabat Nabi yang datang ke Mesir. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan berkawan baik dengan Abdullah bin Rahawah. Apabila Islam disebar Abdullah bin Rawahah memeluk Islam.

Bagaimanapun Abu Darda', sahabatnya masih menyembah berhala. pelbagai usaha dilakukan oleh Abdullah untuk mengIslamkan Abu Darda' sehingga akhirnya Abdullah bertindak memusnahkan semua berhala yang ada di rumah Abu Darda'.

Setelah berfikir secara rasional, Abu Darda' menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Beliau turut bersama Saidina Amru ibn al’As membuka Mesir dan Iskandariah.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN