Wednesday, March 12, 2008

Semenanjung Sinai


Kedudukan Semenanjung Sinai seakan daratan yang menyerupai sebuah pulau. diapit dua teluk. Semenanjung ini jelas kelihatan dalam peta dunia iaitu Terusan suez dan Teluk Aqabah. Hampir kesemua dataran Sinai ini terdiri daripada padang pasir gunung-gunung batu. Keluasan semenanjung ini ialah 61 ribu km persegi yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan.

Hasil galian yang terdapat di sini amat banyak dan bernilai sekali di samping keindahan alam semulajadinya yang selamat dari pencemaran. Di dataran ini terdapat banyak kesan- kesan peninggalan sejarah nabi dan rasul utusan Allah. Kawasan ini juga sering menjadi pertikaian beberapa buah negara. Tidak kurang daripada 15 kali ia pernah dijajah sejak zaman Mesir Kuno dan yang terakhirnya oleh Israel namun berjaya diambil semula oleh kerajaan Mesir dalam peperangan Oktober 1973.

Di semenanjung inilah terletaknya Jabal Musa (Moses Mountain) yang berketinggian 2,285 meter dan Jabal Catherine (Mount St. Catherine) iaitu kawasan yang paling tinggi di semenanjung ini iaitu 2,642 meter.

1 comment:

Kilau Saladin said...

mohon ambil dan cetak untuk tujuan melancong secara persendirian

BKMIP

LAMAN PILIHAN