Wednesday, March 12, 2008

Muzium Nasional Mesir

Muzium ini terletak di Medan Tahrir, Kaherah yang menyimpan ribuan artifak sejarah tinggalan Firaun. Bangunan ini dilakarkan oleh arkitek Perancis, Marcel Dougron untuk melihat seni tinggalan Firaun terus terpelihara dengan selamat. Muzium yang mempunyai dua tingkat ini mula dibuka pada tahun 1902. Antara peninggalan sejarah terpenting ialah mumia firaun yang masih utuh ialah patung kepala emas seberat 11kg yang ditemui bersama mumia Firaun Tut Ankh Amoun yang diabadikan di dalam ruang khas di dalam muzium ini.

Antara peninggalan artifak yang masih ada ialah patung Firaun, senjata zaman silam, peralatan untuk membuat mumia, alat permainan kanak-kanak zaman silam, tulisan papyrus asli, perhiasan isteri-isteri firaun, katil dan kerusi kepunyaan Firaun dan banyak lagi kesan-kesan tinggalan Firaun. Muzium ini juga dilengkapi dengan perpustakaan yang menyimpan 35,650 buah buku sejarah Mesir yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

No comments:

BKMIP

LAMAN PILIHAN