Peradaban Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya. Namun masyarakat yang “beradab” ini, pada masa era pemerintahan Firaun telah menyaduri sistem dajal ke dalam sistem kerajaan mereka.
Hal ini disebutkan secara jelas dalam al Quran dalam bahasa yang amat jelas dan nyata. Mereka bersifat bongkak, angkuh dengan kebanggaan diri. Akhirnya baik peradaban mereka yang maju, mahupun kemajuan sosial politik mereka bahkan dengan tentera yang kuat sekalipun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mereka dihancurkan.
“Kami menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan daripada mereka itu”
Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.
Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah). Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara 7-40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:
Musim Sejuk November - Januari
Musim Bunga Februari – April
Musim Panas Mei - Julai
Musim Luruh Ogos - Oktober
Agama Islam menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama Kristian Katholik . Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk dianuti oleh. Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Arab Fushah namun bahasa Arab Ammmiyah adalah bahasa yang dipraktikkan sehari-hari di negara Mesir ini sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.
Komodoti sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Mesir sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian. Perbelanjaan minima bagi seorang pelajar Malaysia sekarang dalam lingkungan USD50 sebulan .
Wednesday, March 12, 2008
Universiti Al - Azhar
Usianya telahpun menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak terasa, hilang terselindung di sebalik kegemilangan sinar mutiara agung para cendekiawan Mesir, Al Azhar.
Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggegarkan dunia jahiliyyah. Segala permasalahan masyarakat dapat ditangani oleh mereka secara syura. Akibatnya Pihak musuh sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan Al Azhar. Semakin hari Al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan. Antaranya Dr. Yusuf al-Qardhawi, Dr Omar Hashim, Dr Sayyid Ahmad Musayyar, Dr Musa Syahin Lashin, Dr Ali Jumaah, Dr. Husin Husin Syuhatah dan ramai lagi.
Selain itu Al-Azhar juga membuka cawangan-cawangan di beberapa muhafazah (daerah besar) di Mesir. Sehingga ke saat ini Universiti Al Azhar telah memiliki berbagai-bagai cabang hubungan antarabangsa di dalam bidang pendidikan dan hampir ke seluruh di negara-negara Eropah, Afrika, dan Asia ,seperti Indonesia, Thailand, China dan lain-lain lagi
Universiti al-Azhar menjadi simbol kepada para penerus warisan perjuangan Islam baik di Timur mahupun di Barat. Ia merupakan benteng pertahanan keilmuan dan pemikiran daripada terjahan dan serangan musuh-musuh Islam.
Al-Azhar merupakan lembaga keilmuan Islam yang besar yang menjaga turath Islamiyyah dan menyebarkan misi dan amanah Islami kepada segenap umat di pelosok-pelosok bumi. Kini, masjid yang bersejarah yang telah dibina oleh arkitek Islam di zaman pemerintahan Fatimiyyah, Jauhar as-Saqali tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.
Kedudukannya di Kota Kaherah sejak era Fatimiyyah lagi masih tidak melunturkan kesan khazanah ilmu walaupun bangunannya yang antik sering dibaik-pulih, namun ia terus bercahaya melahirkan intelektual Islam mencorak masyarakat masa hadapan. Mengikut catatan sejarah, Khalifah Aziz Billah merupakan pengasas kepada penubuhan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al Azhar. Pemugaran masjid tersebut sentiasa terserlah sejak zaman berzaman.

Masjid Amru al-’As radhiAllahu anhu
Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.
Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.
Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan. Hingga kini proses pemuliharaan dan pengindahan masjid ini masih terus dijalankan oleh pihak kerajaan Mesir bagi menjaga keindahan dan keunikannya dari zaman berzaman.

Masjid Saidina Hussain radhiAllahu anhu
Masjid ini terletak berhampiran dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada yang menyatakan kepala Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat lain pula menyatakan kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al Munawwarah.
Dikatakan juga di dalam masjid ini tersimpan barang peninggalan Rasulullah sallAllahu alai wasalam seperti pakaiannya, celak, sejengkal bahagian tongkat Rasulullah dan beberapa helai janggut Baginda juga helaian al Quran yang ditulis oleh Saidina Ali KaramAlahu wajhah. Kebetulan al Quran tersebut merupakan al Quran yang dibaca oleh Saidina Osman radhiAllahu an.hu sewaktu beliau dibunuh.
Namun sejauh mana kebenaran situasi dan lokasi berlakunya peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Masjid ini juga pernah menjadi Masjid Negara Mesir sebelum perpindahannya ke Masjid baru yang terletak di Abbasiyyah yang dikenali sebagai Masjid anNur yang kekal sehingga sekarang.
Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu’Llah
Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahuddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.
Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.
Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya Masjid Mohammad Ali Pasha yang diperbuat daripada marmar dan granit.
Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Polis, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.

Masjid Mohammed Ali Pasha
Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah diputerakan di Bandar Qaulah (Qavalia), Macedonia Greece pada tahun 1182H / 1769M. Beliau merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir system pemerintahan beraja di Mesir. Beliau telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai Napoleon Bonaparte.
Setelah tentera Perancis berundur, beliau dilantik sebagai pemerintah Mesir menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805. Masjid Muhammad Ali dibina oleh beliau sebagai symbol pemerintahan beliau di Mesir yang beraliran moden pada tahun 1830M. Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna (Bushnaq), seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Turki). Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine.
Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong. Masjid Mohammed Ali disebut juga Masjid Marmar (The alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannnya mewah dengan marmar yang terbaik, termasuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.
Seni Bina masjid berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih. Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wudhu’ yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali pada tahun 1945. Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam, dikenali dengan nama Perigi Yusuf.
Kedudukannya yang starategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua penjuru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan. Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya. Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon. Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin.
Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang. Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan. Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom rumah Allah ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai sasarannya. Benarlah firman Allah Taala:" Dan bagi Allah-lah apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang berada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pengawal."

Qasrul Jauharah ( Istana Permata)
Istana ini telah dibina oleh Muhammad Ali Pasha sebagai tempat istirehat dan dewan makan tetamu. Muhammad Ali Pasha pernah menjemput orang Mamalik untuk menghadiri satu majlis yang bertujuan untuk berbincang hal pentadbiran negara .
Namun ia hanyalah muslihat untuk menjatuhkan kerajaan Mamalik. Selepas hidangan disantap mereka semua terbunuh , hanya seorang sahaja yang berjaya melepaskan diri. Di dalam dewan besar ini terpapar kelambu -kelambu kaabah buatan Mesir. Ditingkat dua pula dipamerkan takhta kerajaan Mesir semasa dinasti kerajaan Muhammad Ali.

Muzium Perang
Muzium Perang dibina oleh Muhammad Ali pada tahun 1828M sebagai istana keluarga dan kaum kerabatnya. Istana ini terdiri daripada 3 buah istana yang saling berhubungan, iaitu Istana Timur, Istana Tengah dan Istana Barat yang merupakan istana terbesar di zaman itu.
Pada zaman penjajahan Inggeris istana ini dijadikan sebagai hospital dan pada November 1949 pula ia telah dirasmikan sebagai Muzium Perang . Ia adalah Muzium Perang yag terbesar di dunia yang mempamerkan peristiwa bersejarah dan alat-alat senjata yang digunakan pada zaman Firaun sehinggalah Perang Oktober (perang menentang Israel) seperti kereta kebal , meriam , bom, dan lain-lain senjata. Muzium ini juga menyimpan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya.
Mathaf Syurtoh Qaumi
Pada zaman lampau, muzium ini digunakan sebagai penjara dan dikenali sebagai penjara kubu. Sebahagian daripada sel penjaranya masih wujud dan dikekalkan sebagai tempat bersejarah. Salah satu bangunannya menjadi muzium yang mempamerkan peristiwa bersejarah dan uniform polis mengikut perubahan zaman yang memerintah.
Selain itu, muzium tersebut turut mempamerkan contoh dadah, cara menangkap dan mengesan penagih dadah, senjata seperti pistol, pedang, bom dan termasuk keris Melayu purba.
Qasrul Ablaq
Merupakan istana yang terdapat bersebelahan Muzium Polis di dalam kawasan kota Salahuddin al-Ayyubi yang dibina pada zaman kerajaan Mamalik. Keistimewaan istana ini ialah terletak di dalam tanah. Terdapat tangga yang melingkar ke dalam tanah untuk sampai ke kawasan istana tersebut. Namun kini istana ini tidak dapat dikunjungi disebabkan sebahagian tangga tersebut runtuh dimakan usia.
Masjid Nasir Muhammad Qalawun
Masjid Qalawun dinasabkan kepada salah seorang panglima tentera Salahuddin al-Ayyubi yang telah memberikan sumbangan besar dalam peperangan dan penyebaran Islam. Masjid ini dibina pada tahun 1335M, terletak unik dan strategik di dalam kubu Sultan Salahuddin. Masjid ini juga dikenali sebagai Muzium Tiang kerana majoriti hiasan dalamannya difokuskan kepada tiang- tiang dengan seni ukiran Islam.
Semasa zaman Sultan Nasir, tiang-tiang ini diletak di bawah berasingan dan ukiran mahkota tiang-tiang tersebut diukir degan corak langgam dengan berbagai corak, sementara bumbungnya turut berukir dengan ayat-ayat al-Quran. Tiang yang ada sekarang sebahagiannya tiang asal manakala sebahagiannya telah ditukar dengan yang baru dan diimport dari luar negara seperti Turki, Itali dan Rom.

Masjid Sariah Jabal
Nama diambil sempena seorang sahabat nabi yang menyertai pasukan ketenteraan Saidina Amru al-‘As bernama Sariah jabal. Beliau juga dikenali sebagai Sulaiman Pasha. Masjid tertua di dalam kubu ini dibina pada zaman pemerintahan Fatimiyyah.
Terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama ialah perkarangan luar masjid dikelilingi ruwaq tertutup dan kubah yang sederhana tinggi. Bahagian kedua pula dihiasi ukiran kaligrafi menarik. Berhampiran masjid ini ialah tempat mengaji al-Quran dan beberapa buah makam. Sariah Jabal dan semua sahabat yang menyertai rombongan Amru al-As disemadikan di kawasan ini.

Masjid Sultan Hassan
Kedudukan masjid terletak besebelahan dari kubu Salahuddin al-Ayubi dan dapat dilihat dengan jelas kedudukannya jika dilihat dari kubu tersebut . Masjid Hassan dibina oleh Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik pada tahun 1356 M. Tedapat di sana sekolah-sekolah yang telah diasaskan oleh Sultan Hassan yang sebelum ini merupakan pusat latihan kejuruteraan. Kawasan solatnya seluas 6500 meter persegi dan 1767 persegi meliputi kawasan-kawasan lain.
Sultan Hassan merupakan sultan ke-19 dari pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. yang memerintah Mesir. Beliau merupakan anak ketujuh dari anak-anak Sultan Nasser Mohd ibn Qalawun. Masjid ini telah dibina oleh Bashir Agha pada tahun 1356M dan selesai pada tahun 1363M. Keluasan masjid ini ialah 7907 meter persegi dan mempunyai ketinggian 37.80 meter persegi. Terdapat dua buah menara, salah satunya berketinggian 82 meter. Dr Ali Jumaah (Mufti Mesir) sering memberikan khutbah jumaat di masjid ini.

Masjid al-Rifaie
Kedudukan Masjid Rifaei bersebelahan dengan Masjid Sultan Hassan. Imam Rifaei adalah merupakan seorang ulama' pendakwah yang masyhur. Walaupun masjid ini terkenal dengan nama Masjid Rifaei akan tetapi menurut catatan sejarah, beliau tidak dikebumikan di sini. Sebaliknya dikebumikan di Ummu Ubaidah, Iraq. Di dalam masjid tersebut terdapat beberapa buah maqam. Di antaranya makam Raja Farouq, anaknya Raja Fouad II, ibunya, serta makam Shah Iran yang mati dalam buangan Iran selepas peristiwa Revolusi Iran yang dipelopori oleh golongan mahasiswa yang memilih Ayatollah Khomeini sebagai pemimpin negara.
Raja Farouq adalah salah seorang dari raja-raja Mesir . Beliau telah menaiki takhta pada 1936. Jamal Abdul Nasser yang dikenali sebagai 'Dhubbath al Ahrar' menjatuhkan kredibiliti raja Farouq sebagai pemerintah dan mula menguasai pusat-pusat pemerintahan ketika itu. Jamal Abdul Nasir merupakan salah seorang pencetus revolusi yang berlaku pada 1952 dan mengakibatkan huru-hara di negara Mesir ketika itu.
Raja Farouq dipaksa menyerahkan jawatannya kepada anaknya Fouad II yang masih muda tetapi kuasa pemerintahan dikuasai oleh Jamal Abdul Nasser. Mereka akhirnya telah melarikan diri dan selepas kematian mereka, jasadnya dibawa masuk secara sembunyi di waktu malam dan dikebumikan di dalam Masjid al Rifaei.
Masjid al Rifaie juga dinamakan sebagai Masjid Zahirah, sempena peninggalan Jaafar yang telah dilantik sebagai polis pengawal Kaherah pada tahun 512H - 1122M. Penjuru-penjuru masjid ini dinamakan penjuru putih dan penjuru tinggi. Pada tahun 1869, Sayyidah Khausyiar dan keluarganya dikebumikan disamping makam dua orang ahli sufi iaitu Sheikh Yahya al Ansari dan Sheikh Ali Abu Syiba’.
Bazar Khan Khalili
Bazar ini terletak bersebelahan dengan Masjid Husein. Ia terkenal di kalangan pelancong asing. Di bazar ini terdapat penjualan barang-barang antik dan tradisional hasil usaha masyarakat Mesir seperti ukiran tembaga, kraftangan kulit, tenunan al Quran, dan sebagainya. Di samping itu juga, terdapat pelbagai pilihan permata-permata yang asli, dihasilkan dari Laut Merah yang begitu menarik.
Masjid Ibnu Thulun
23 Ramadhan bersamaan 220 Hijriah, Ahmad bin Thulun menjadi pengasas dinasti Thuluniah pada abad ke-3 Hijriah. Dinasti Thuluniah ini merupakan dinasti kerajaan Abbasiyyah pertama yang berjaya menguasai Mesir dan Syria. Masjid Ibn Thulun ini didirikan pada tahun 869M semasa Dinasti Thulun oleh Ahmad Ibnu Thulun. Ia terletak di kawasan Sayyidah Zainab. Halamannya adalah sangat luas dan senibinanya mewakili corak-corak masjid negara Mesir.
Namun ciri keunikan masjid ini jelas terletak pada menaranya yang mempunyai tangga melingkar sebagaimana menara Sumeria yang terkenal di negara Iraq. Masjid ini mempunyai kawasan yang luas dengan tiang-tiang besar dihiasi corak Khat al-Quran.
Piramid Giza
Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.
Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.
Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.
Sebanyak 100 000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu. Menurut pendapat Herodotus dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke tempatnya. Kren ini dperbuat daripada kayu balak. Menurutnya juga, sebanyak 41,884kg perak dibelanjakan untuk makanan pekerja dan buruh binaan.
Pembinaan memakan masa suku abad dan terpaksa diberhentikan sementara akibat banjir besar sungai Nil. Piramid ini terdiri daripada 2.3 juta batu dan setiap bongkahan batu seberat 2.5 - 5 tan. Berat piramid Cheops pula dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga 11.5 juta tan. ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun akibat proses luluhawa dan gempa bumi ia terhakis sehingga 137 meter.
Ketinggian ini menyamai piramid Chephren (sederhana) yang tidak terhakis teruk di mana bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter dan terletak jauh dari kedua- dua piramid utama ini.
Abu Houl (SPHINX)
Abu Houl merupakan simbol Chepron yang mengawal piramid. Bentuk badannya menyerupai seekor singa yang berkepala manusia. Menurut masyarakat setempat ia melambangkan kekuasaan manusia dan kegagahan singa. Ketinggian Sphinx adalah 23m dan panjang 73m. Pada asalnya, tubuh Abu Houl ini terbenam di dalam pasir hingga ke paras leher dan kelihatan cuma 5 meter.
Menurut catatan sejarah, kawasan ini telah digunakan sebagai pusat latihan tentera dan percubaan senjata di zaman Mamalik yang menyebabkan kerosakan di bahagian mukanya. Ada juga yang mendakwa ia kesan tetakan pedang Iskandar Zulkrnain. Di kawasan masuk ke Sphinx ini, terdapat tiang-tiang marmar yang utuh dan kukuh berwarna merah seakan-akan dewan persidangan.

Muzium Nasional Mesir
Muzium ini terletak di Medan Tahrir, Kaherah yang menyimpan ribuan artifak sejarah tinggalan Firaun. Bangunan ini dilakarkan oleh arkitek Perancis, Marcel Dougron untuk melihat seni tinggalan Firaun terus terpelihara dengan selamat. Muzium yang mempunyai dua tingkat ini mula dibuka pada tahun 1902. Antara peninggalan sejarah terpenting ialah mumia firaun yang masih utuh ialah patung kepala emas seberat 11kg yang ditemui bersama mumia Firaun Tut Ankh Amoun yang diabadikan di dalam ruang khas di dalam muzium ini.
Antara peninggalan artifak yang masih ada ialah patung Firaun, senjata zaman silam, peralatan untuk membuat mumia, alat permainan kanak-kanak zaman silam, tulisan papyrus asli, perhiasan isteri-isteri firaun, katil dan kerusi kepunyaan Firaun dan banyak lagi kesan-kesan tinggalan Firaun. Muzium ini juga dilengkapi dengan perpustakaan yang menyimpan 35,650 buah buku sejarah Mesir yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Muzium Kesenian Islam
Kemunculan Islam di sebalik kezaliman pemerintahan Rom ketika itu memang amat di tunggu oleh masyarakat Mesir. Kesan peninggalan seabad lalu masih kekal hingga kini. Perbezaan zaman pemerintahan menjangkau beberapa dinasti, memberikan kesan tinggalan sejarah yang berbeza.
Pada dinasti Umaiyyah, Abasiyyah dan Fatimiyyah kesan lebih tertumpu kepada Kaherah dan pembinaan Masjid Al-Azhar. Kerajaan Ayyubiah popular sebagai pelopor pejuang yang memperjuangkan Islam, ilmu-lmu Islam dan usaha pembebasan Baitul Maqdis, Dinasti Mamalik pula kaya dengan seni binaan masjid, bangunan artistik yang unik dan system ketenteraan yang mantap, manakala zaman Uthmaniyyah pula terkenal dengan pembangunan Mesir moden di bawah pimpinan Muhammad Ali Pasha.
Seni artifak Islam berbentuk hiasan, peralatan perang, tulisan-tulisan dan pelbagai bahan yang menarik terdapat di sini. Surat seruan dakwah oleh Rasulullah sallAllahu alaihi wasalam kepada pemerintah Mesir, Maqauqis ketika itu tersemat rapi di dalam pemeliharaan muzium ini. Perpustakan yang menyimpan lebih 14,000 buah buku karangan ulama`di zaman kegemilangan Islam tersusun rapi sebagai rujukan generasi akan datang. Hal ini membuktikan kecintaan mereka terhadap ilmu yang mampu untuk memartabatkan umat Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
BKMIP
LAMAN PILIHAN
LAMAN PILIHAN
BERITA SEMASA
PESANAN
MAKTABAH ILMU
Archives
-
▼
2008
(59)
-
▼
March
(59)
- Pengenalan
- Universiti Al - Azhar
- Masjid Amru al-’As radhiAllahu anhu
- Masjid Saidina Hussain radhiAllahu anhu
- Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu...
- Masjid Mohammed Ali Pasha
- Qasrul Jauharah ( Istana Permata)
- Muzium Perang
- Mathaf Syurtoh Qaumi
- Qasrul Ablaq
- Masjid Nasir Muhammad Qalawun
- Masjid Sariah Jabal
- Masjid Sultan Hassan
- Masjid al-Rifaie
- Bazar Khan Khalili
- Masjid Ibnu Thulun
- Piramid Giza
- Abu Houl (SPHINX)
- Muzium Nasional Mesir
- Muzium Kesenian Islam
- Panorama 6th October
- Fayyoum
- Ainul Syilin
- Tasik Qarun
- Istana Qarun
- Kincir Air
- Iskandariah
- Masjid Qait Bey
- Tiang Pompei
- Istana Raja Farouk & Taman Montaza
- Muzium Kebudayaan Yunani & Rom
- al Masrah al Romani (TEATER ROMAN)
- Masjid Nabi Daniel
- Makam Nabi Daniel alaihisalam
- Makam Abu Darda' radhiAllahu an.hu
- Makam Luqmanul Hakim rahimahu’Llah
- Masjid Abu Abas al Mursi
- Mansourah
- Masjid al-Mawafi
- Dar Ibn Luqman
- Istana Firaun
- Semenanjung Sinai
- Terusan Suez & Terowong Ahmad Hamdi
- Telaga Nabi Musa alaihisalam
- Hamam Firaun
- Wadi Arbain & Uyun Musa (Air Mata Air Musa)
- Jabal Thur (Jabal Musa)
- Biara Saint Catherine
- Panorama Matahari Terbit
- Perkampungan Nabi Salleh alaihisalam
- Makam Nabi Harun alaihisalam
- Lembu Samiri
- Thaba’
- Jazirah Firaun (Pulau Firaun)
- Kota Thur
- Syarqiah
- Mathaf Syarqiah Qaumi
- Aswan
- Abu Simbel
-
▼
March
(59)