Wednesday, March 12, 2008

Muzium Kesenian Islam

Kemunculan Islam di sebalik kezaliman pemerintahan Rom ketika itu memang amat di tunggu oleh masyarakat Mesir. Kesan peninggalan seabad lalu masih kekal hingga kini. Perbezaan zaman pemerintahan menjangkau beberapa dinasti, memberikan kesan tinggalan sejarah yang berbeza.

Pada dinasti Umaiyyah, Abasiyyah dan Fatimiyyah kesan lebih tertumpu kepada Kaherah dan pembinaan Masjid Al-Azhar. Kerajaan Ayyubiah popular sebagai pelopor pejuang yang memperjuangkan Islam, ilmu-lmu Islam dan usaha pembebasan Baitul Maqdis, Dinasti Mamalik pula kaya dengan seni binaan masjid, bangunan artistik yang unik dan system ketenteraan yang mantap, manakala zaman Uthmaniyyah pula terkenal dengan pembangunan Mesir moden di bawah pimpinan Muhammad Ali Pasha.

Seni artifak Islam berbentuk hiasan, peralatan perang, tulisan-tulisan dan pelbagai bahan yang menarik terdapat di sini. Surat seruan dakwah oleh Rasulullah sallAllahu alaihi wasalam kepada pemerintah Mesir, Maqauqis ketika itu tersemat rapi di dalam pemeliharaan muzium ini. Perpustakan yang menyimpan lebih 14,000 buah buku karangan ulama`di zaman kegemilangan Islam tersusun rapi sebagai rujukan generasi akan datang. Hal ini membuktikan kecintaan mereka terhadap ilmu yang mampu untuk memartabatkan umat Islam.

2 comments:

Unknown said...

Saya ingin kongsi maklumat ini, sekian terima kasih.

Unknown said...

Salam. Nak tanya, kat mana ya muzium ni dekat cairo?

BKMIP

LAMAN PILIHAN