Wednesday, March 12, 2008

Tasik Qarun

Menurut lagenda yang mahsyur di daerah ini, tasik ini pada asalnya adalah merupakan istana Qarun dan hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala di atas kekufuran Qarun. Tasik ini terletak berhampiran bandar al-Fayyoum. Tasik Qarun ini merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Keluasan Tasik Qarun ini seluas 55,000 hektar, manakala tasik tersebut adalah merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah Taala. Difahamkan untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan.

Peristiwa ini berlaku kerana keingkaran Qarun untuk membayar zakat. Bangunan rumah penginapan Qarun hanya tinggal 2 tingkat daripada 6 tingkat yang asal. Ianya terletak di salah satu perkampungan bernama Qarun. Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam 1 hasta sehari hingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman).

Menurut cacatan sejarah yang menyatakan tasik ini merupakan sebahagian dari tasik Moris kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada tahun 450 SM. Di tengah tasik ini terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Qarn az-Zahabi. Keluasan tasik ini sebanyak 45 ribu faddan atau 18 900 hektar. Allah Swt telah mengisahkan perihal Qarun di dalam beberapa ayat di antara Firman Allah Taala –

“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendeharaan harta yang kunci-kkuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat, (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang yang menghendaki dunia, Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keuntungan yang besar."

2 comments:

abu hakim wa ummuhu said...

salam...maaf,harap dapat meletakkan surah dan ayat bila menggunakan dalil..

Unknown said...

Surah al ankqbut

BKMIP

LAMAN PILIHAN